Sukma 2012: Gandingan Amira/Dicky Raih Dua Emas

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gandingan mantap Amira Syahirah Mohd Zulkefli dan kuda kesayangannya 'Dicky' menghasilkan dua emas buat Terengganu pada acara ekuestrian Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pusat Ekuestrian Tanjung Lumpur di sini, Khamis.

Dicky berjaya memikat para juri pada acara 'dressage' untuk mengumpul mata tertinggi 63.54 peratus.

'Super CJ7' milik atlet Perak Mohamad Faiz Hanuar berada di tempat kedua dengan mata 62.55 peratus manakala 'Samalinda' yang ditunggang oleh Natalya Aira Wah Idris dari Wilayah Persekutuan memperoleh 61.98 peratus untuk tempat ketiga.

Dalam acara 'showjumping', Amira Syahirah melakukan tunggangan yang baik untuk mencatat purata masa 74.34 saat daripada dua pusingan dan hanya gagal pada satu lompatan sahaja.

Gadis berasal dari Kuala Terengganu memberitahu Bernama, beliau dan 'Dicky' sudah biasa menyertai kejohanan dan kuda berwarna coklat itu tidak lagi gementar dengan suasana pertandingan seperti hari ini.

"Sangat-sangat teruja dengan kemenangan ini. Pada acara 'dressage' pagi tadi ada peserta (Amanda Sivaraj dari Wilayah Persekutuan) telah pun mendapat markah tinggi 62.03 pada pusingan pertama, namun kami berjaya melakukan persembahan yang baik pada pusingan seterusnya untuk mengatasi peserta lain," katanya.

Amirah Syahirah, yang telah lima tahun bergandingan dengan 'Dicky', turut berbangga dengan kuda berusia 15 tahun itu kerana beraksi cemerlang pada acara 'showjumping'.

Beliau amat berpuas hati kerana akhirnya berjaya merangkul pingat acara berkenaan setelah gagal berbuat demikian pada penyertaan pertama di Sukma Terengganu 2008 dan Sukma Melaka 2010.

Natasha Wah Idris dari Wilayah Persekutuan dengan kudanya 'Priority' merangkul perak manakala atlet Selangor Praveen Nair Mathavan bersama kudanya 'Drummimore' memperoleh gangsa.

Dalam pertandingan 'showjumping', dua penunggang iaitu Syed Kamil Nafis Syed Yosof dari Pulau Pinang dan Muhammad Afiq Danis Noradzman dari Selangor terjatuh dan melanggar palang halangan apabila kuda masing-masing enggan melakukan lompatan.

Insiden itu mengakibatkan pertandingan ditangguh buat seketika. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan