Perlis Tingkat Prasarana Sukan Sebagai Tuan Rumah Sukma 2014

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis yang akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2014 akan meningkatkan prasarana sukan sejajar dengan hasratnya untuk menjadi penganjur yang terbaik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, kerajaan negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM161 juta bagi menyediakan prasarana itu.

Bercakap kepada para pemberita selepas menutup Karnival Sukan Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) di Universiti Teknologi Mara, Arau malam tadi, beliau berkata, antara prasarana yang bakal dibina termasuk sebuah velodrom, gimnasium, padang hoki di samping menaik taraf Stadium Utama.

Katanya, di samping penyediaan prasarana, kerajaan negeri juga sedang meneliti lokasi paling sesuai untuk dijadikan perkampungan atlet bagi Sukma 2014.

Mengenai kemungkinan Perlis akan turut menggunakan venue di Kedah untuk acara sukan tertentu, Md Isa berkata, kerajaan negeri akan memastikan kesemua acara berlangsung di Perlis.

"Perlis menjadi tuan rumah Sukan Malaysia dan wajar kesemuanya (acara)berlangsung di Perlis," katanya.

Terdahulu ketika menutup K1M anjuran Jabatan Penerangan Perlis itu, beliau berharap semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh lebih 2,000 peserta berbilang kaum daripada lebih 30 kontinjen akan terus berkekalan.

Katanya, penganjuran sukan itu berlangsung dengan amat baik kerana negara berada dalam keadaan aman dan rakyatnya hidup harmoni.

Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata, karnival sukan itu adalah platfom bagi penyatuan masyarakat melalui kegiatan sukan.

Menurutnya, keceriaan para peserta dalam pelbagai acara menterjemahkan bahawa mereka memerlukan keharmonian hidup yang berterusan.

Kontinjen K1M Seberang Ramai, Kuala Perlis muncul sebagai juara keseluruhan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan