Sukma 2012: Wilayah Persekutuan Kuasai Hari Pertama Acara Olahraga

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Wilayah Persekutuan menguasai kutipan pingat emas pada hari pertama acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada Selasa dengan mengutip dua daripada enam pingat yang dipertandingkan di Stadium Darul Makmur di sini.

Dua pingat emas itu diperoleh menerusi Elena Goh Ling Yin dalam acara 5,000m jalan kaki wanita pada awal pagi Selasa manakala pingat emas kedua disumbangkan oleh Yap Sean Yee menerusi acara lompat tinggi wanita.

Empat lagi pingat emas masing-masing satu dimenangi oleh Sarawak, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

Acara terakhir dalam sukan olahraga pada Selasa dimenangi oleh Ahmad Luth Hamizan dari Negeri Sembilan yang menamatkan 25 pusingan perlumbaan bagi acara 10,000m lelaki dengan catatan masa 34:47.69'.

Sebanyak 10 pingat emas ditawarkan pada Rabu menerusi acara olahraga iaitu lompat kijang wanita, lompat tinggi lelaki, 5,000m lelaki, 10,000m jalan kaki, lontar peluru lelaki, 400m wanita, 400m lelaki, 100m wanita, 100m lelaki dan acara 5,000m wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan