Pasangan Selangor Atasi Gandingan Pilihan Raih Emas 3M Papan Anjal Berirama

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Yiwei Chew dan Ahmad Fakhri Khairuddin mempamerkan aksi penuh yakin untuk menghampakan pasangan pilihan, Pardika Indoma Pamg-Abdul Rashid Muhammad dari Sarawak apabila meraih pingat emas dalam acara 3m papan anjal berirama lelaki di Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Selasa.

Beraksi di Kompleks Renang Wisma Belia di sini, pasangan dari Selangor itu menggumpul 332.16 mata keseluruhan untuk mengatasi gandingan Sarawak tersebut yang menduduki tempat kedua dengan 321.42 mata.

Pingat gangsa milik pasangan Perak, Jermin Shien Adrian Chan dan Muhamad Syafiq Puteh yang mengutip 319.20 mata.

Lebih manis lagi, kejayaan itu adalah yang kedua buat Yiwei setelah meraih pingat emas pertama dalam acara 3m papan anjal lelaki individu pada Ahad lepas.

Ahmad Fakhri yang menyertai Sukma keenam dan terakhir buatnya di sini, berkata beliau amat gembira dengan kejayaan itu selain tidak menjangka dapat mengatasi gandingan dari Sarawak itu.

"Kami tidak menjangka untuk menang memandangkan tahap 'kesukaran' yang kami lakukan sama dengan mereka. Pada mulanya mereka (pasangan Sarawak) mendahului sehinggalah pada terjunan keempat yang mana kami berjaya memintas mereka," katanya.

Bagaimanapun, gandingan mantap kedua-dua penerjun dari Selangor itu tidak akan berpanjangan kerana mereka akan membawa haluan masing-masing selepas berakhirnya temasya berkenaan.

Yiwei, 17, akan meneruskan latihan bersama skuad kebangsaan dan mengambil bahagian dalam Kejohanan Terjun Remaja Dunia pada Oktober ini, manakala Ahmad Fakhri, 20, akan menamatkan kariernya sebagai atlet untuk menceburi bidang kejurulatihan.

Sementara itu, dalam acara platform wanita individu, Loh Zhiayi dari Wilayah Persekutuan mencipta kejutan dengan mengenepikan penerjun pilihan, Jasmine Lai dari Perak.

Loh mengutip 277.35 mata keseluruhan berbanding Lai 227.85 mata manakala Nur Dhabitah Sabri juga dari Wilayah Persekutuan memenangi pingat gangsa selepas mengutip 216.15 mata. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan