Sukma 2012: Ummi Hamimah, Fattah Cipta Kejutan 200M

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Atlet Terengganu Ummi Hamimah Mohamad dan Mohd Fattah Amri Zaid dari Kedah mencipta kejutan apabila menundukkan peserta pilihan untuk meraih emas acara 200m pecut wanita dan lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di sini, Ahad.

Ummi Hamimah mengalahkan peserta yang lebih senior daripadanya Jupha Somnet dari Perlis dengan kiraan mata 2-0 manakala Mohd Fattah mengatasi prospek emas Muhd Arfy Qhairant Amran dari Melaka 2-1 dalam pusingan akhir. Ummi Hamimah, 18, berkata beliau mengakui sukar untuk menang ke atas Jupha yang lebih berpengalaman daripadanya.

"Saya sangat gembira. Jurulatihlah yang banyak memberi cadangan dan pandangan dalam menghadapi perlawanan akhir menentang Jupha tadi. Hasil daripada strategi yang diaturnya saya dapat mencapai kejayaan ini," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Gadis berasal dari Dungun itu turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada ibunya Rozita Chik yang menyambut harijadinya hari ini.

Sementara itu, Mohd Fattah, 20, berkata perlumbaan di atas jalan raya lebih mencabar berbanding di dalam velodrome memandangkan pelumba tidak boleh menggunakan kelebihan ranking.

"Taktik lebih penting dalam perlumbaan seperti ini. Kita perlu pandai menggunakan fikiran sendiri untuk memenangi perlumbaan," kata pemuda dari Alor Setar itu.

Beliau berkata sokongan keluarganya yang datang dari jauh telah menaikkan semangatnya untuk tidak berputus asa ketika terikat 1-1 dengan Muhd Arfy Qhairant.

Beliau juga amat terharu dan bangga dengan kemenangan tersebut setelah sekadar memperoleh perak pada Sukma Terengganu 2008 dan Sukma Melaka 2010.

(Untuk rekod pada Sukma 2011 di Kuala Lumpur acara berbasikal diadakan di dalam trek velodrome.)

Gangsa bagi kategori wanita dan lelaki menjadi milik Lauretta Eva Adrian dari Sabah dan Muhamad Fakhruddin Daud. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan