Selangor Dahului Pasukan Lain Dengan Kelebihan Tujuh Emas

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Selangor terus mempamerkan persembahan cemerlang pada hari kesembilan apabila berjaya menuai lima emas, dua perak dan lima gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Isnin.

Secara keseluruhan, Selangor menungguli kedudukan pungutan pingat dengan mengumpul sebanyak 17 pingat emas, 11 perak dan 16 gangsa.

Sarawak pula menduduki tangga kedua kutipan pingat dengan 10 emas, tiga perak dan 11 gangsa.

Terengganu merupakan juara edisi Sukma Melaka 2010 berada di tangga ketiga dengan mengumpul lapan pingat emas, empat perak dan sembilan gangsa.

Empat daripada lima pingat emas Selangor diperolehi dalam sukan akuatik iaitu melalui atlet Yap Siew Hui dalam acara 50 meter wanita gaya kuak kupu-kupu, Kok Cher Ling (100m wanita gaya bebas), Caroline Chan Zi Xi (200m wanita gaya kuak lentang) dan Lim Ching Hwang (100m lelaki gaya bebas).

Satu lagi emas Selangor diraih melalui atlet berbasikal Malek Marcus Mccrone dalam acara satu kilometer yang berlangsung di daerah Temerloh.

Pahang, selaku tuan rumah, menghuni tangga keenam dengan kutipan tujuh emas, lapan perak dan enam gangsa.

Dengan 17 emas, Selangor masih berupaya kekal sebagai pendahulu malah berpeluang menambah jumlah pingat emas melalui acara olahraga yang membuka tirainya esok.

Acara olahraga menawarkan 45 pingat emas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan