Sukma Platform Utama Lahir Atlet Bertaraf Dunia - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sumbangan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) tidak perlu dipersoal apabila sebilangan besar bintang sukan negara dicungkil daripada temasya tahunan itu sejak ia diperkenal pada 1986, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata bukti kejayaan penganjuran Sukma boleh dilihat dengan jelas apabila sebilangan besar atlet acara sukan bukan popular yang meraih emas pada Sukan SEA Indonesia tahun lepas, merupakan atlet yang dipilih daripada Sukma edisi Kuala Lumpur 2011.

"Kita dapat lihat dengan jelas bukti kejayaan itu apabila sukan berbasikal trek negara berjaya memenangi tujuh emas, renang berirama dengan lima emas serta lawan pedang yang menggondol dua pingat emas pada temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu," katanya pada majlis perasmian Sukma ke-15 di Stadium Darul Makmur malam Sabtu.

Perasmian penuh warna-warni itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat ke acara itu Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ahmad Shabery, yang juga Pengerusi Sukma Ke-15, berkata apa yang lebih membanggakan ialah atlet lawan pedang Yu Peng Kean, yang mewakili Johor pada Sukma Kuala Lumpur 2011, mencipta sejarah apabila layak secara merit ke Sukan Olimpik London hujung bulan ini.

Menteri itu berkata untuk terus mencapai kejayaan dalam arena sukan antarabangsa, program pembangunan atlet perlu dimajukan ke tahap maksimum.

"Program pembangunan atlet ini memberi makna tindakan mengenal pasti dan melatih atlet muda dari seluruh pelosok tanah air perlu dilaksanakan secara sistematik dan efektif," katanya.

Edisi Sukma kali ini menyaksikan penyertaan lebih 9,000 atlet serta pegawai kontinjen negeri bagi merebut 377 pingat emas daripada 24 jenis sukan di tiga lokasi pertandingan iaitu Kuantan, Temerloh dan Pekan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan