Sukma 2012: Pahang Akan Atasi Kelemahan Dengan Segera

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang akan memastikan segala kelemahan yang timbul pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dapat diatasi dengan segera bagi memberi persediaan terbaik kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan cuba memberi penganjuran Sukma yang terbaik kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian pada temasya sukan terbesar negara itu.

"Kami akan sedaya upaya menyediakan semua keperluan terbaik kepada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

"Bagaimanapun sekiranya terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul, saya akan memastikan bahawa ia akan dapat diatasi dengan segera," katanya dalam teks ucapan perasmian perkampungan sukan Sukma yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perkampungan Sukan, Penginapan dan Sajian Sukma Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Sebanyak 11 perkampungan sukan disediakan bagi menempatkan atlet-atlet di tiga daerah yang terlibat iaitu Pekan, Temerloh dan Kuantan sempena temasya itu.

Sukma Pahang yang melibatkan penyertaan 5,828 atlet dan pegawai bermula secara rasmi 7-16 Julai yang mempertandingkan 24 jenis sukan dan menawarkan 377 pingat emas.

Enam daripada 24 jenis sukan berkenaan telah membuka gelanggang pertandingan bermula 1 Julai lepas.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan