Sukma 2012: selangor Terus Atasi 14 Kontinjen

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Selangor terus mengatasi 14 kontinjen lain dalam kutipan pingat pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia (Sukma) walaupun hanya dua pingat emas ditawarkan pada Sabtu.

Selangor unggul dengan tujuh emas, enam perak dan lima gangsa.

Kontinjen Sarawak merampas tempat kedua daripada Pulau Pinang dengan mengumpul lima pingat emas, dua perak dan lima gangsa.

Skuad Bujang Senang membolot kedua-dua pingat emas yang ditawarkan hari ini menerusi acara Mountain Bike (MBT) Cross Country bagi kategori lelaki dan wanita.

Tempat ketiga milik Pulau Pinang dengan lima butir emas dan empat gangsa.

Turut berlangsung ialah perlawanan peringkat saingan awal bagi acara badminton, hoki, boling padang dan bola tampar.

Esok, buruan pingat tertumpu kepada acara renang, terjun, pencak silat dan tinju. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan