Selangor Terus Dominasi Kutipan Pingat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Selangor terus mendominasi kutipan pingat pada hari keenam Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dengan meraih tujuh pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Pencabar utama, Pulau Pinang yang menduduki tempat kedua mengikut rapat dengan kutipan lima emas dan empat gangsa.

Sarawak pula menduduki tangga ketiga dengan menggumpul empat emas, dua perak dan lima gangsa.

Sarawak muncul juara keseluruhan bagi acara taekwondo yang berakhir pada Jumaat, apabila mengutip empat emas, dua perak dan dua perak untuk mengatasi pencabar utama, Terengganu yang meraih empat emas, satu perak dan dua gangsa.

Sukma ke-15 akan dirasmikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur di sini, malam Sabtu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan