RM3.5 Juta Untuk Penyediaan Bilik Media Sukma Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan kepada Bilik Media Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi keselesaan kepada petugas media membuat liputan secara meluas semasa temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata bilik media itu dibahagi kepada dua iaitu untuk media cetak dan media elektronik.

"Kami berharap dengan kewujudan bilik berkenaan akan dapat membantu pihak media yang dianggar lebih 500 petugas daripada pelbagai agensi menyediakan liputan terbaik pada temasya kali ini," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Bilik Media Sukma di sini, Khamis.

Perasmian dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Teknologi, Sains dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Promosi, Publisiti dan Siaraya Sukma Pahang.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata beliau amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan untuk pihak media membuat liputan acara-acara Sukma.

"Masing-masing mempunyai konti dan tv yang disediakan tempat masing-masing dalam usaha untuk membuat liputan yang meluas," katanya.

Beliau berkata menerusi liputan yang disediakan nanti diharap akan memberi impak yang besar untuk rakyat di seluruh negara merasai keberlangsungan acara sukan itu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Pahang Mustafa Kamal Abdul Razak berkata RTM selaku media rasmi kejohanan akan memberi liputan meluas pada temasya sukan dwitahunan itu.

"Untuk mencapai liputan yang meluas RTM juga akan menyediakan 19 stesen radio dari seluruh negara dalam pelbagai bahasa antaranya Inggeris, Tamil, Cina dan Orang Asli untuk membuat liputan secara langsung dari bilik media yang telah disediakan," katanya.

Selain itu, RTM juga dijadual menyiar perkembangan terkini kira-kira 10 minit dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai keberlangsungan temasya berkenaan dan turut membuat beberapa lintas langsung setiap hari pada 10.30 pagi hingga 12 tengah hari disusuli 2 hingga 5 petang dan 12 hingga 12.30 tengah malam.

Majlis perasmian pada 7 Julai oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan majlis penutup yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Julai akan disiarkan secara langsung menerusi TV1.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan