P.Pinang Kuasai Pungutan Pingat Pada Hari Kedua Sukma

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pulau Pinang terus mendominasi acara karate pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila memenangi dua lagi pingat emas pada hari kedua acara itu, Isnin.

Kejayaan meraih dua emas itu meletakkan Pulau Pinang mendahului pungutan pingat keseluruhan dalam kalangan 14 kontinjen dengan lima emas dan tiga gangsa.

Selangor di tempat kedua dengan pungutan empat emas, dua perak dan dua gangsa diikuti Wilayah Persekutuan dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa manakala Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kedah masing-masing meraih satu emas.

Acara karate yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang merupakan acara paling awal dipertandingkan pada temasya itu dengan menawarkan 16 pingat emas keseluruhan.

Dalam acara hari ini, Pulau Pinang memenangi dua emas menerusi gandingan Goh, Joshua Wong dan Loh dalam kategori Kata Lelaki Berpasukan selepas menumpaskan atlet Sabah yang terdiri daripada Alvin, Farlin Veroney dan Hazwan Nafeez.

Satu lagi pingat emas kontinjen Puala Mutiara itu diperoleh menerusi gandingan Celine Lee, Khaw dan Thor dalam kategori Wanita Berpasukan yang mengalahkan Diedre Aprille, Emelda dan Ryana Chong dari Sabah.

Atlet Selangor Senthil Kumaran Silvarajoo pula meraih emas dalam kategori Kumite Lelaki Individu bawah 55kg selepas mengatasi Prem Kumar Selvam dari Wilayah Persekutuan.

Pingat emas acara Kumite Lelaki Individu bawah 67kg pula milik Sharmendran Raghonathan dari Selangor yang menumpaskan atlet Wilayah Persekutuan Shahabudin Jamaludin manakala pingat emas kategori Lelaki Individu bawah 75kg dirangkul Sharrma Jayarama dari Wilayah Persekutuan yang mengalahkan Kumareswaran Murugan dari Selangor.

Victoria Hu Li French (Johor) pula meraih emas dalam kategori Wanita Individu bawah 50kg selepas membenam cabaran Vijaya Letcumi Gopalasamy (Negeri Sembilan) sementara IIavarasi Mohan (Selangor) yang mengenepikan cabaran Santhini Raveenderan (Wilayah Persekutuan) memenangi emas kategori Wanita Individu bawah 55kg.

Kategori Wanita Individu bawah 61kg pula menjadi milik Syakillah Salni Jefry Krishnan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan