Bulloch Muncul Juara Terengganu Masters

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Australia Ryan Bulloch merangkul gelaran Jelajah Pembangunan Asia (ADT) pertamanya dengan kelebihan dua pukulan pada Kejohanan Golf PGM Terengganu Masters, Khamis.

Pada saingan pusingan akhir di Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort, Terengganu, Bulloch melakukan catatan dua par 70 untuk mencatat 11 bawah par 273 dan meraih hadiah wang tunai US$12,183 (RM38,947).

Selepas pencabar terdekat Derek McKenzie dari Scotland gagal memberi saingan walaupun ketinggalan satu pukulan pada Rabu, Bulloch tidak menghadapi tentangan dan hanya memerlukan satu birdie pada par empat lubang ke-13 untuk mencipta kemenangan pertamanya.

McKenzie bagaimanapun hanya mampu melakukan dua atas par 74 untuk menamatkan saingan dengan 278 di tempat keempat dalam kejohanan bernilai RM220,000 itu.

"Ianya menyeronokkan dan menarik dan saya mengekalkan corak pemainan dan pukulan putt memang membantu saya," kata Bulloch, pemain berusia 34 tahun dari Perth.

Pemain Kanada Lindsay Renolds dan pemain negara S. Murthy, masing-masing melakukan catatan 66 dan 67 untuk terikat di tangga kedua dengan jumlah catatan 275, dua pukulan di belakang juara.

Kejohanan PGM Terengganu Masters merupakan pusingan keempat dalam siri Jelajah ADT musim ini dan pusingan berikutnya ialah Kejohanan Taman Dayu di Surabaya, Indonesia, dari 4 hingga 7 Julai ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan