Bulloch Buru Gelaran Pertama Dengan Kelebihan Satu Pukulan

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Australia Ryan Bulloch semakin dekat untuk memburu gelaran pertamanya apabila melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Golf PGM Terengganu Masters esok dengan kelebihan tipis satu pukulan.

Pada saingan pusingan ketiga di Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort di Terengganu hari ini, Bulloch merampas kedudukan pendahulu dengan melakukan catatan tiga bawah 68.

Catatan tersebut membolehkan Bulloch mengumpul 10 bawah par 203, sekali gus mengetepikan pendahulu Derek McKenzie dari Scotland dengan kelebihan satu pukulan.

Bulloch, 34, yang memburu gelaran pertama acara Jelajah Pembangunan Asia (ADT) selepas menjadi pemain profesional tahun ini, melakarkan birdie pada lubang kelapan, kesembilan dan lubang ke-17.

McKenzie hanya melakukan catatan dua bawah par 69 hari ini untuk mengumpul keseluruhan sembilan bawah par 204 untuk menduduki tangga kedua pada kejohanan bernilai RM220,000.

Sementara itu, pemain negara Rashid Ismail dan S. Murthy ketinggalan lima pukulan di belakang pendahulu setelah masing-masing terikat di tempat ketiga bersama pemain Korea Selatan, Kim Gi-whan dan Shakhawat Sohel dari Bangladesh.

Keputusan Pusingan Ketiga: 203 - Ryan Bulloch (AUS) 64-71-68; 204 - Derek McKenzie (SCO) 69-66-69; 208 - Rashid Ismail (MAS) 73-69-66, S. Murthy (MAS) 71-71-66, Kim Gi-whan (KOR) 70-70-68, Shakhawat Sohel (BAN) 67-72-69; 209 - Lindsay Renolds (CAN) 73-70-66; 210 - R. Nachimuthu (MAS) 76-68-66, Yang Fei-hao (TPE) 71-70-69, Gavin Flint (AUS) 67-73-70;

211 - Airil Rizman Zahari (MAS) 70-73-68, Park Jin-Woo (KOR) 69-73-69, Mitsuhiko Hashimuze (JPN) 70-74-67, Masaki Sakata (JPN) 67-75-69, Grant Jackson (ENG) 67-74-70, Zurie Harun (MAS) 68-70-73;

212 - Will Yanagisawa (USA) 71-72-69, Marc Kawasoe (SIN) 74-69-69, Wilson Choo (MAS) 73-71-68, Hsieh Chi-hsien (TPE) 73-68-71, Masaru Takahashi (JPN) 70 -69-73. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan