Sukma 2012: Kedah Sasar Tiga Emas Dalam Acara Perahu Layar - Sukan Ekstra | mStar

Sukma 2012: Kedah Sasar Tiga Emas Dalam Acara Perahu Layar

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kedah menyasar untuk menggondol tiga emas dalam acara perahu layar pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Mohd Affendi Abdullah berkata sasaran itu disandarkan kepada empat pelayar iaitu Khairunisa Mohd Affendi, 20, Khairunneeta Mohd Affendi, 17, Ahmad Latif Khan dan Mohd Danial Fauzi, 17.

Mereka sedang giat menjalani latihan di Kompleks Perahu Layar, Kuah.

Kedah memilih 17 pelayar untuk membawa cabaran pada Sukma kali ini.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan