Sukma: Kedah Sasar 36 Pingat Emas

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah meletakkan sasaran memenangi 36 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang, dari 7-16 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sasaran 36 emas itu berdasarkan prestasi semasa atlet dan menurutnya Kedah akan menghantar kontinjen seramai 371 atlet untuk bertanding dalam 24 acara sukan yang menawarkan 377 pingat emas.

"Kita menjangka pencabar-pencabar terkuat akan diperlihatkan atlet Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya selepas majlis penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Kedah di Seri Mentaloon di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Hamdan Mohamed Khalib dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin.

Kedah menduduki tempat ke-6 pada temasya ke-13 di Melaka pada 2010 dengan merangkul 39 emas, 20 perak dan 31 gangsa manakala pada temsya ke-14 di Kuala Lumpur tahun lepas hanya meraih empat pingat emas, dua perak dan 11 gangsa, sekali gus berada di tempat ke-10 keseluruhan.

Azizan berkata Kedah mensasarkan pingat emas disumbangkan daripada pelbagai acara antaranya bola sepak, angkat berat, berbasikal, olahraga, pancak silat, memanah dan taekwondo.

"Kita juga berharap acara sukan lain juga diharap mampu menyumbang pingat kepada negeri dan sekaligus dapat berada pada kedudukan yang terbaik tahun ini," katanya.

Menteri Besar juga mengumumkan imbuhan sebanyak RM3,500 bagi atlet yang berjaya mendapat pingat emas, RM2,000 (Perak) dan RM1,000 (Gangsa) jika mencapai sasaran 36 pingat emas yang ditetapkan.

Katanya bagi atlet yang menggondol pingat emas pertama negeri, kerajaan negeri akan memberi insentif tambahan kepada mereka sebagai penghargaan dan dorongan kepada mereka atas kejayaan yang dikecapi.

Kontinjen Kedah akan diketuai oleh chef de mission Datuk Khazali Din bersama 100 pegawai dan jurulatih pasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan