Sukma 2012: Tava Yakin Raih Emas Buat Kali Pertama

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Tampar Negeri Terengganu (Tava) optimis pasukan bola tampar lelaki mampu merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Setiausaha Tava Mohd Nasir Yusof berkata keyakinan itu berdasarkan pencapaian pemain yang begitu memberangsangkan dalam kejohanan bola tampar yang diadakan sebelum ini.

"Saya yakin berdasarkan rekod kejohanan yang disertai sejak Mac tahun ini, antaranya bawah 19 tahun kebangsaan apabila Terengganu menjadi juara, kita mampu membawa sinar ini ke Sukma Pahang," katanya.

Mohd Nasir berkata Tava akan mengemukakan pasukan terbaik bagi memastikan sasaran dan impian untuk merangkul pingat emas pertama dan sekali gus membantu Terengganu dalam sasaran mengutip 47 emas Sukma akan tercapai.

Menurut beliau Terengganu belum pernah memperoleh pingat emas bola tampar dalam sejarah Sukma dan ini menyuntik semangat pemain untuk melakar sejarah tahun ini.

Beliau berkata bagi memantapkan pasukan Terengganu, Tava mengambil langkah drastik memindahkan gelanggang latihan ke Shah Alam, Selangor dengan mengadakan latihan intensif di bawah kendalian bekas penolong jurulatih kebangsaan Zulkifli Azmi.

Mohd Nasir berkata mengikut undian pasukan yang dijalankan baru-baru ini, Terengganu ditempatkan dalam kumpulan B bersama-sama Selangor, Pahang, Perlis, Wilayah Persekutuan dan Sabah.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan