KOM Akan Pertahan Atlet Negara Di CAS - Shahidan

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mempertahan atlet negara berhubung kes doping di Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS), kata presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata KOM membuat keputusan itu demi maruah negara dan telah menghantar nama peguam yang dipilih untuk mewakili atlet terbabit kepada CAS.

"Kita tidak sempat melantik peguam mengikut tarikh yang telah ditentukan, dan mereka (CAS) sudah lantik peguam untuk kita, dan sekarang kita sedang merayu supaya dapat melantik sendiri peguam untuk lawan kes di sana (Switzerland)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kewangan KOM, Ahad.

Enam atlet olahraga negara iaitu Norjannah Hafiszah, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohd Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad dan Yee Yi Ling, bertindak melarikan diri ke Bulgaria bagi mengelak daripada menjalani ujian anti-doping di Institut Sukan Negara (ISN) sebelum mengambil keputusan menyerah diri pada Jun tahun lepas.

Jawatankuasa Siasatan KOM yang ditubuhkan September tahun lepas bagi menyiasat kes itu hanya memberi amaran keras kepada enam atlet tersebut setelah ujian anti-doping menunjukkan hasil negatif.

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) tidak berpuas hati dan mengemukakan rayuan kepada CAS yang berpangkalan di Switzerland untuk mengkaji semula hukuman itu kerana dikatakan tidak bersesuaian.

April lepas, KOM mengutus surat kepada WADA, Persekutuan Olahraga Amatur Dunia (IAAF) dan CAS bagi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Ini kerana jika kes itu dibawa ke CAS, KOM terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata KOM sedang memohon kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menunda tarikh akhir Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kesatuan itu ke Oktober depan bagi menyelesaikan beberapa perkara dalaman terlebih dahulu.

Katanya, PPS sebelum ini menetapkan 31 Ogos depan sebagai tarikh akhir KOM perlu mengadakan AGM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan