Sukan Olimpik: Pandelela Dijangka Bawa Bendera Malaysia Di London - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Olimpik: Pandelela Dijangka Bawa Bendera Malaysia Di London

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pandelela menjadi sebutan bagi membawa bendera negara pada majlis pembukaan Sukan Olimpik di London bulan depan.
Pandelela menjadi sebutan bagi membawa bendera negara pada majlis pembukaan Sukan Olimpik di London bulan depan.

PETALING JAYA: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dijangka akan membawa membawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.

Sekiranya terpilih, Pandelela bakal menjadi pembawa bendera wanita pertama negara yang diberi penghormatan mengetuai kontinjen negara di Olimpik.

Sebelum ini, pembawa bendera diberi kepada atlet lelaki sejak Malaysia menyertai sukan berprestij dunia ini sejak tahun 1956.

Sebelum ini, pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dikatakan akan mengetuai barisan negara, namun tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan buku lali bulan lalu.

Ketua kontinjen negara (CDM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini seorang lagu penerjun negara, Bryan Nickson Lomas turut menjadi pembawa bendera pada Sukan Olimpik di Athens 2004, menjadi atlet termuda (14 tahun) pembawa bendera ketika itu.

Manakala empat tahun lalu di Beijing, jaguh keirin tanah air, Azizulhasni Awang bertanggungjawab mengetuai barisan negara.

"Ia sesuatu yang bermakna sekiranya benar. Namun apa yang saya pentingkan sekarang ialah membuat persiapan dan mengelak daripada sebarang kecederaan," jelas Olahragawati Negara ini.

Sebagai rekod, Pandelela, 19, pernah mengetuai barisan negara pada Sukan Olimpik remaja di Singapura dua tahun lalu dan turut mengharumkan nama negara dengan menjadi satu-satu atlet yang menyumbang dua pingat perak dalam acara 3m springboard dan 10m platform di situ.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan