Sukan Olimpik: Boon Heong Tidak Letak Sasaran Tinggi Di London

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain beregu utama negara Tan Boon Heong tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Olimpik London bulan depan, kerana akur dengan prestasi mereka yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Boon Heong, bagaimanapun berkata beliau dan pasangannya Koo Kien Keat telah menunjukkan peningkatan dalam tiga kejohanan Siri Super Terbuka yang diadakan tahun ini.

"Ketika beraksi di Terbuka Indonesia minggu lepas telah menambahkan lagi keyakinan untuk ke Olimpik dan berharap prestasi kami akan lebih baik ketika beraksi di London nanti," katanya.

Beregu utama negara itu mula menunjukkan peningkatan apabila mara ke peringkat suku akhir Siri Super Terbuka India, johan GP Emas Terbuka Malaysia dan layak ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Indonesia.

Boon Heong, 25, berkata dengan menyertai kejohanan siri terbuka telah memberi mereka peluang mendapatkan keserasian yang lebih baik sebelum beraksi di Sukan Olimpik.

"Masa pun suntuk, kalau nak perbaiki kelemahan pun sudah tidak cukup masa, cuma keyakinan diri kena lebih kuat untuk beraksi di London nanti.

"Dengan siapa kami lawan...sama saja, lawan tetap lawan, yang penting kena hargai peluang ini, bukan senang untuk beraksi di Olimpik," kata atlet yang berasal dari Kedah itu.

Sukan Olimpik London merupakan penampilan kedua beregu nombor lapan dunia itu selepas di Beijing, China pada 2008.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan