Noraseela Dan Lee Calon Olahraga Ke Olimpik Melalui 'Wild Card'

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mencalonkan atlet 400m lari berpagar, Noraseela Khalid dan atlet lompat tinggi lelaki, Lee Hup Wei untuk ke temasya Olimpik, London melalui penyertaan 'wild card'.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nama dua atlet tersebut telah dihantar kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada 15 Jun lepas.

"KOM perlu hantar seorang lelaki dan seorang wanita bagi penyertaan wild card. Kini mereka berada di Jerman bagi menjalani latihan intensif dan menyertai kejohanan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan berdasarkan 'wild card' itu tidak akan dilaksanakan sekiranya atlet lompat bergalah, Roslinda Samsu dan atlet 110 meter lelaki, Rayzam Shah Wan Sofian, layak ke temasya Sukan Olimpik berdasarkan merit melalui penyertaan di kejohanan antarabangsa.

"Rosalinda dan Rayzam Shah difahamkan sedang menyertai kejohanan di Reid, Austria bermula 16 Jun lepas dan keputusan sama ada mereka layak atau tidak akan dimaklumkan oleh IAAF pada 8 Julai depan.

"Sekiranya Roslinda dan Lee layak berdasarkan merit, secara automatik, tiada penyertaan berdasarkan wild card," katanya.

Pada edisi Olimpik 2008 di Beijing, China, atlet olahraga negara diwakili oleh Lee, Roslinda dan Yuan Yu Fang iaitu atlet 20km jalan kaki.

Shahidan berkata, atlet tersebut juga akan terus menjalani latihan bagi menghadapi Sukan SEA, di Myanmar pada 2013 serta mengikuti program dan jadual yang telah ditetapkan oleh kesatuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan