Terengganu Optimis Raih Emas Pertama Pada Sukma Di Pahang Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu yang menggunakan khidmat jurulatih dari China, Yan Gang optimis untuk meraih pingat emas pertama mereka dalam acara gimnastik pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang bulan depan.

Pengurus pasukan gimnastik Terengganu, Ahmad Zaidi Mustaffa berkata sejak Yan berkhidmat di negeri ini dua tahun lepas, beliau telah membimbing anak buahnya melakar keputusan yang baik pada temasya lepas dengan meraih pingat perak dan gangsa.

"Kami yakin dengan kemampuan jurulatih berpengalaman dari negara Tembok Besar itu dan berharap Sukma kali ini akan menghadiahkan emas pertama untuk Terengganu," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata usaha menggunakan khidmat jurulatih asing itu adalah bagi memastikan Terengganu dapat merealisasikan sasaran meraih pingat emas selain meningkatkan prestasi atlet muda negeri itu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Ahmad Zaidi berkata Terengganu menyenaraikan enam atlet lelaki dan empat atlet wanita, yang kini menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil untuk membawa cabaran Terengganu pada temasya tersebut.

Beliau berkata kesemua gimnas berkenaan mula menjalani latihan di Bukit Jalil sejak Febuari lepas kerana dewan gimnastik Terengganu di Padang Paksu Man, Bukit Payung, Marang sedang dalam pembinaan.

"Dewan yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan kini baru siap kira-kira 30 peratus. Maka kami terpaksa menggunakan dewan di MSN Bukit Jalil sebagai tempat latihan sementara," katanya.

Beliau berkata tiga daripada 10 gimnas Terengganu itu merupakan atlet pelapis pasukan kebangsaan dan mereka berpotensi untuk menyumbangkan pingat emas.

Sepuluh gimnas Terengganu ialah Zulhawari Zulkifli, Mohd Fawaz Mat Halib, Mohd Azim Othman, Zulbahrin Mat Asri, Wan Mohd Farid Najmi Wan Ali, Chim Ai Di, Chong Lok Yi, Low Jai Huai, Yap Qiang Ling dan Loo Shi Ow Yang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan