PM Serah Jalur Gemilang Kontinjen Negara Ke London 11 Julai

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan beraksi pada Sukan Olimpik London, bulan depan.

Chef-de-mission negara ke London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata penyerahan Jalur Gemilang itu akan dilakukan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Julai.

"Kesemua atlet dan pegawai yang akan ke London akan turut serta dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang tersebut. Tujuan penyerahan bendera itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap atlet negara yang akan bersaing dalam temasya sukan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan sukan yang mempunyai atlet yang layak beraksi pada Sukan Olimpik London di sini, hari ini.

Ahmad Sarji berkata Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih belum menentukan pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik London yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai.

Sehingga kini, sejumlah 28 atlet telah melayakkan diri secara merit di London termasuk atlet 400m lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid yang bakal beraksi atas tiket wild card.

Baki 27 atlet yang mengesahkan tempat ke London adalah lapan penerjun, badminton (6), berbasikal (5), memanah (4) dan masing-masing satu dari sukan lawan pedang, kapal layar, menembak dan renang laut terbuka.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan