Skuad Berbasikal Olimpik Jalani Latihan Pusat Di Belgium

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dua lagi nama atlet skuad berbasikal diumumkan bagi membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Julai ini, semua pelumba akan berkumpul bersama bagi menjalani latihan pusat di Belgium hujung bulan ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, semua pelumba yang telah dipilih kini menjalani latihan masing-masing termasuk dua orang pelumba lebuh raya yang baru diumumkan minggu lalu, Adiq Husaine Othman dan Amir Mustafa Rusli.

"Cabaran skuad Malaysia akan dibawa oleh Azizul Hasni Awang (pecut/keirin), Josiah Ng (keirin), Fatehah Mustafa (keirin) Adiq, Amir, serta pelumba simpanan Mohd Hariff Salleh.

"Dari segi pengalaman, Azizul Hasni sudah dianggap pelumba yang lebih matang, begitu juga dengan Fatehah yang telah beberapa kali menyertai Piala Dunia.

"Sukan Olimpik berbeza dengan Piala Dunia atau kejohanan lain kerana hanya seorang peserta setiap negara yang menyertai acara ini.

"Jadi ini dianggap peluang kepada Fatehah untuk membuktikan kehebatannya kerana sudah pasti setiap atlet akan cuba melepaskan diri masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Abu Samah juga berkata, bagi acara lebuh raya, pihaknya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan saingan yang sememangnya sukar, namun berharap kedua-dua pelumba ini mampu menamatkan perlumbaaan di kelompok utama.

"Seperti yang kami sebut pada majlis pengumuman atlet minggu lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan nama Adiq dan Amir untuk menjadi terbaik di kalangan pelumba Asia dan menjadi terbaik bagi pelumba tempatan," katanya.

Adiq kini sedang menyertai Tour de Beauce, Kanada dan Amir pula berada di Belgium bersama pasukan profesional benua, Drapac Professional Cycling.

"Pada 29 Jun ini semua pelumba akan berkumpul di sini sebelum sama-sama berangkat ke Belgium bagi menjalani latihan pusat di sana.

"Saya juga akan berbincang dengan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pengurus pasukan sama ada pelumba simpanan akan sertai pelumba-pelumba lain ke Belgium nanti ataupun tidak," katanya.

Selain itu, Abu Samah juga secara peribadi mengharapkan salah seorang pelumba di London nanti akan membawa balik sebutir pingat tanpa mengira warna.

"Saya tidak menaruh harapan tinggi, namun dalam masa sama saya ingin melihat sebutir pingat akan dibawa baik ke Malaysia dalam mana-mana acara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan