Sukan Sea: Myanmar Cadang Kurangkan Acara Renang

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tuan rumah Sukan SEA 2013, Myanmar mencadangkan untuk menawarkan 28 acara dalam sukan renang, iaitu kurang 10 acara berbanding 38 acara yang dipertandingkan pada edisi Indonesia November lepas.

Menurut akhbar online, Today yang berpangkalan di Singapura, antara acara yang akan digugurkan ialah rampaian gaya bebas 4 x 200m lelaki dan wanita dan 1,500m lelaki.

"Penganjur Sukan SEA kami berpendapat yang kami kekurangan atlet renang yang baik untuk acara berkenaan, seperti jarak jauh dan kami lebih baik dalam acara pecut," menurut akhbar itu memetik Penasihat Teknikal Persekutuan Renang Myanmar, Maung Maung Sein sebagai berkata demikian.

Maung bagaimanapun berkata cadangan itu belum muktamad dan persekutuan itu mungkin akan menimbangkan maklum balas daripada negara-negara peserta lain.

Beberapa negara anggota telah melahirkan kebimbangan mengenai cadangan itu pada mesyuarat Persekutuan Renang Asia Tenggara di Singapura semalam.

Jurulatih Filipina, Carlos Brosas berkata: "Itu merupakan acara tetap di Sukan SEA dan mungkin Myanmar masih tidak memahami konteks itu sepenuhnya lagi.

Sukan SEA ke-27 akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan Mandalay serta Pantai Ngwe Saung dari 11 hingga 22 Dis tahun depan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan