Terengganu Guna Jurulatih Thailand Mantap Pasukan Petanque - Sukan Ekstra | mStar

Terengganu Guna Jurulatih Thailand Mantap Pasukan Petanque

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Petanque Negeri Terengganu (Peter) menggunakan khidmat jurulatih dari Thailand dalam usaha meraih emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang bulan depan.

Setiausaha Peter, Abdul Rani Jusoh berkata jurulatih itu ialah Dumrong Boomrowd, 55, dari Bangkok, pernah melatih pasukan petanque kebangsaan bagi menghadapi Sukan Sea 2003.

"Dia (Dumrong) mula berkhidmat dengan kita pada Oktober tahun lepas secara sambilan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata tahun ini Peter benar-benar mengidamkan pingat emas bagi membantu Terengganu kekal juara Sukma. Pencapaian terbaik pasukan petanque Terengganu ialah di Melaka dengan dua perak.

Abdul Rani berkata Sukma kali ini menawarkan 11 pingat emas dan Terengganu akan menyertai semua acara yang dipertandingkan dengan sasaran tiga emas berdasarkan pencapaian semasa pemain-pemain.

"Daripada beberapa kejohanan petanque yang disertai Terengganu di Negeri Sembilan dan Selangor memperlihatkan peluang pemain-pemain Terengganu untuk meraih emas di Sukma sangat cerah," katanya.

Beliau berkata Terengganu berpeluang meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki, bertiga lelaki, berpasukan lelaki dan beregu campuran.

Abdul Rani berkata pasukan itu kini giat menjalani latihan intensif di gelanggang persatuan petanque daerah Dungun sebelum memasuki kem latihan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 27 Jun ini.

Beliau berkata Peter telah menyenaraikan tujuh pemain lelaki dan tujuh pemain wanita termasuk lima pemain yang pernah mewakili Terengganu di Sukma Melaka bagi membawa cabaran Terengganu pada Sukma kali ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan