Kejohanan Muay Antarabangsa 2012 Di Stadium Sultan Abdul Halim

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menara Alor Setar dan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Persatuan Muay Kedah (Maked) akan mengadakan Kejohanan Muay Antarabangsa 2012 Menara Alor Setar selama dua hari mulai esok (15 Jun).

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam dan Acara Menara Alor Setar, penganjuran kejohanan itu di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, bertujuan mempromosi Menara Alor Setar dan negeri Kedah sebagai lokasi kejohanan muay bertaraf dunia.

Kejohanan itu akan disertai 20 orang termasuk dari Thailand, Sweden, Belanda, Brazil, Jerman dan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti sampingan akan turut diadakan seperti pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, persembahan audio kereta dan acara 'Fear Factor'.

Majlis penutup bagi Kejohanan Muay itu dijadual disempurnakan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah pada Sabtu malam.

Orang ramai dijemput datang menyaksikan kejohanan itu dan tiket bernilai RM15, RM20 dan RM25 boleh dibeli di kaunter Menara Alor Setar bermula hari ini dan Stadium Sultan Abdul Halim bermula esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan