Puvaneswaran sasar Satu Pingat Emas Di Kejohanan Karate Asia Julai Depan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemangku Ketua Jurulatih Karate negara R.Puvaneswaran menyasarkan satu pingat emas pada Kejohanan Karate Asia ke-11 yang berlangsung dari 14 hingga 17 Julai depan di Uzbekistan.

Beliau juga yakin sepuluh atlet elit yang terpilih ke kejohanan terpenting itu akan mempamer aksi terbaik meskipun berdepan saingan hebat dari Iran dan Jepun.

"Kita sasar seperti tahun lepas, yang mana kita berhasil membawa pulang satu pingat emas buat negara. Saya tidak meletakkan (harapan) kepada sesiapa, bagi saya semua atlet yang terpilih berpeluang untuk mendapat pingat.

"Kejayaan mereka pada Sukan SEA di Indonesia tahun lepas telah membuktikan dan menyakinkan saya yang mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-32 di pusat komuniti di sini petang tadi.

Pada kejohanan itu, lebih 150 peserta dari 21 negeri dan beberapa kelab karate mengambil bahagian dalam acara individu dan berkumpulan Kumite, yang berlangsung selama dua hari mulai Sabtu.

Puvaneswaran juga berkata sebagai persiapan, semua anak buahnya akan menyertai Kejohanan Karate Terbuka Indonesia pada 22 sehingga 23 Jun ini sebelum ke Uzbekistan.

"Selepas pulang dari Indonesia, skuad masih ada masa dalam dua minggu sebelum berlepas ke Uzbekistan, jadi kita masih ada masa untuk membetulkan kelemahan atlet dan tingkatkan apa yang patut," katanya.

Mereka yang terpilih ke Uzbekistan ialah R.Loganesha Rao bagi acara Kumite bawah 55 kilogram, L.Kunaselan (60kg), Shaharudin Jamaludin (67kg) dan K. Teagarajan (75kg), G. Yaamini (bawah 61kg), Jamalliah Jamaludin (68kg ke atas), A. Nisha (55kg) dan Shakila Sani Jefry Krisnan (bawah 68kg).

Pada edisi Quangzhou, China, skuad negara membawa pulang satu pingat emas yang disumbangkan Mohd Hatta bagi acara Kumite bawah 84kg dan dua gangsa menerusi R. Loganesha (bawah 55kg) dan G. Yaaminii (bawah 61kg).

Pada kejohanan hari ini, rata-rata pemain elit mempamer aksi terbaik apabila muncul juara dalam kategori individu Kumite lelaki dan wanita iaitu Loganesha Rao (bawah 55kg), Kunaselan (60kg), Teagarajan (75kg) dan Jamalliah Jamaludin (68kg ke atas). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan