26 Pemain Hoki Remaja Terpilih Ke Latihan Akhir Piala FHE Di Australia

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 26 pemain bawah 16 tahun telah dipilih mengikuti latihan akhir Projek Hoki 1MAS untuk menggalas cabaran negara ke Piala FHE yang berlansung di Perth, Australia hujung tahun ini.

Pemain terbabit merupakan antara 160 pemain yang terlibat dalam pertandingan Hoki 1MAS yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini bermula 4 Jun hingga Khamis.

Penolong Pengurus Projek, Lim Shiow Chuah berkata, terdapat peningkatan prestasi pemain yang menjalani latihan bermula pada Julai 2010.

"Ia memerlukan masa yang panjang untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berdasarkan prestasi semasa kesemua pemain masih boleh digilap melalui latihan dan perlawanan-perlawanan yang diatur," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata, kelompok pemain profesional boleh dibentuk pada tahun 2015 dan sekaligus menggalas tanggungjawab membawa pasukan negara ke kejohanan-kejohanan besar.

Mengulas lanjut mengenai projek berkenaan, Lim berkata pemain terbabit berusia antara 12 dan 16 tahun serta kesemua mereka menjalani latihan setiap hujung minggu di bawah kendalian jurulatih yang ditetapkan mengikut negeri.

Beliau berkata, kesemua 26 pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif pada Oktober dan hanya 18 pemain sahaja akan bermain pada kejohanan itu nanti.

Katanya, misi kali ini adalah untuk mempertahankan kejuaraan negara yang diraih pada tahun lepas.

"Sebanyak 10 pasukan akan menyertai kejohanan bawah 16 tahun itu...lapan pasukan mewakili negeri-negeri di Australia manakala masing-masing satu dari Malaysia dan Jepun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan