N.Sembilan Sasar Lima Kontinjen Terbaik Pada Sukma 2012

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan melaksanakan program yang lebih tersusun dan perancangan strategik bagi mencapai sasaran untuk kekal sebagai antara lima kontinjen terbaik pada Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Kuantan bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan program kecemerlangan dengan tujuan memperbaiki peretasi kontinjen negeri pada temasya itu.

"Usaha yang telah dibuat oleh Majlis Sukan Negeri bersama Jabatan Pelajaran Negeri dan persatuan sukan negeri telah menunjukkan perkembangan yang positif di mana kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya memperbaiki kedudukannya.

"Malah kita juga telah berjaya menambah bilangan kutipan emas iaitu 30 pingat emas pada Sukan Malaysia 2010 di Melaka, berbanding 11 pingat emas di Sukan Malaysia 2008 di Terengganu. Pada 2011 di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan menduduki tempat keempat keseluruhan berbanding tempat kesembilan pada 2010," katanya di sini, Jumaat.

Katanya kesan daripada kejayaan program tersebut ialah acara sukan yang sebelum ini tidak disertai dan tiada dalam senarai penyumbang pingat emas sejak Sukma diadakan telah menyumbangkan pingat untuk Negeri Sembilan.

Sementara itu, katanya ketua kontinjen akan membuat pembentangan mengenai persiapan terakhir kontinjen negeri ini minggu depan.

"Selepas itu baru saya akan dapat bentangkan taklimat tersebut kepada semua pihak yang berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan