MSN, ISN Akan Dapatkan Pandangan Pakar Ginekologi Keadaan Nur Suryani

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan mendapatkan pandangan pakar ginekologi untuk memastikan atlet menembak wanita negara, Nur Suryani Taibi boleh bertanding atau tidak pada temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

"Mengikut kiraan, ketika Nur Suryani mengambil bahagian pada Sukan Olimpik itu, usia kandungannya ialah lapan bulan lima hari.

"Keadaan beliau itu perlu dipantau dengan rapi. Oleh sebab itu MSN dan ISN akan meminta nasihat pakar ginekologi tentang kedudukan Nur Suryani," kata ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik London Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan kontinjen Malaysia, turut memuji semangat kesukanan Nur Suryani yang berhasrat meneruskan cabaran pada temasya itu.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz serta beberapa pegawai kanan kedua-dua badan sukan itu dan pegawai dari Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sementara itu, Ahmad Sarji berkata beliau turut dimaklum Dr Ramlan bahawa pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberi.

"Dia kini sedang menjalani latihan ringan dan dilaporkan dia boleh pulih dan bermain pada Sukan Olimpik," katanya.

Ahmad Sarji turut menasihatkan atlet lain yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik supaya menjaga kesihatan dan cuba mengelakkan diri daripada kecederaan, baik semasa menjalani latihan mahupun semasa bertanding.

"Mereka juga perlu menjaga kesihatan dan mengikuti segala jadual latihan yang telah ditetapkan oleh juru latih," katanya.

Pada mesyuarat itu Ahmad Sarji turut menyerahkan kad akreditasi kepada petugas media Malaysia yang akan membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu yang diajdual dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan