Siasatan Terhadap Karim Diteruskan, Dijangka Berlanjutan Satu Hingga Dua Minggu

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Karim Ibrahim
Karim Ibrahim

KUALA LUMPUR: Sesi pendengaran kes Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia Datuk Karim Ibrahim berhubung dakwaan dia menjadi dalang kepada segala masalah yang melanda KOM, masuk hari ketiga pada Rabu dan ia dijangka berlanjutan satu hingga dua minggu lagi.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C George berkata buat masa ini pihaknya sedang mengumpul bahan bukti daripada semua individu terlibat.

"Kes ini sudah sampai peringkat tiga suku. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan kami akan menyambung pendengaran esok (Khamis)," katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas KOM bagi menyiasat tuduhan terhadap Karim.

Beliau bercakap kepada pemberita sejurus selesai sesi pendengaran di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini.

Ia bermula 10 pagi dan berakhir enam jam kemudian.

Karim enggan memberi sebarang komen kepada pemberita ketika keluar daripada bilik mesyuarat.

Turut kelihatan beberapa atlet seperti Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohd Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad, Yee Yi Ling dan pelari kuartet 4x400m Sukan SEA Palembang, Mohd Yunus Lasaleh.

George berkata semua pihak memberi kerjasama dalam sesi pendengaran tersebut meskipun terdapat percanggahan kenyataan.

"Kedua-dua pihak mempunyai versi berbeza, jadi kami kini cuba mendapatkan fakta yang betul," katanya.

Pada 13 Februari lalu, sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara menyerahkan petisyen setebal 23 muka surat bertajuk 'Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan' kepada Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim.

Petisyen yang ditandatangani 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim yang didakwa sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM selama ini.

Ia termasuk kontroversi membabitkan Mohd Yunus yang gagal dalam ujian doping ketika memenangi pingat emas dalam acara 4x400m lelaki pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia, November tahun lalu.

Isu melibatkan enam atlet badan induk itu yang lari daripada ujian anti-doping pada Mei tahun lalu turut dibangkitkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan