New Zealand Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: New Zealand melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 buat kali pertama setelah menundukkan Argentina 1-0 di sini malam Ahad.

Sebelum ini, pasukan itu hanya menduduki tangga ketiga sebanyak empat kali iaitu pada 1995, 2003, 2008 dan 2009 manakala Argentina pernah menjuarai kejohanan pada 2008.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan, Andy Hayward yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.

Penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir serta Penjaga Gol Terbaik Kejohanan manakala Ashley Jackson dari Britain terpilih sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan dengan enam gol.

Pemain India, Sardar Singh terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan pasukan Britain menerima hadiah fairplay.

Pemain pilihan Sultan Azlan Shah pula ialah Kyle Pontifex (New Zealand), Dean Couzins (New Zealand), Rashid Mehmood (Pakistan), Hyun Woo Nam (Korea), Pedro Ibarra (Argentina).

Selain itu, Sardar Singh (India), Ryan Archibald (New Zealand), Ashley Jackson (Britain), Faizal Saari (Malaysia), SV Sunil (India) dan Vila Lucas Martin (Argentina).

Sementara itu dalam perlawanan lain, India berjaya menundukkan tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan kali ini.

Bermain dalam cuaca panas petang ini, Britain mendahului 1-0 sebelum berakhir babak pertama melalui Ashley Jackson yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Ketinggalan 0-1, India bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan tiga gol hasil pukulan Shivendra Singh pada minit-42, Sandeep Singh m-53 dan Khandker Tushar m-68.

Pada perlawanan peringkat pertama sebelum ini, pertemuan antara kedua-dua pasukan ini berkesudahan Britain menewaskan India 3-2. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan