MSN Belum Putuskan Permintaan Suami Iringi Nur Suryani Ke London

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Malaysia (MSN) masih belum membuat keputusan berhubung permintaan penembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi untuk ditemani suaminya, Marhazli Mhotar sepanjang beraksi di temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong menjelaskan bahawa pihaknya masih mengkaji kewajaran untuk memberi keistimewaan kepada Marhazli menemani isterinya atas kapasiti pegawai menggantikan tempat jurulatih menembak Malaysia, Saidov Isroil.

Kandungan Nur Suryani berusia lapan bulan apabila turun beraksi di London pada 28 Julai.

"Saya fikir MSN tidak boleh mengabaikan kepentingan tempat jurulatih untuk menemani atletnya sepanjang kejohanan kerana kehadiran jurulatih amat penting.

"Namun pada masa yang sama, kita tidak menolak kepentingan Marhazli sebagai suami untuk menemani Nur Suryani," kata Zolkples, Isnin.

Nur Suryani, 30, merupakan wakil tunggal menembak negara yang layak secara merit ke Temasya Sukan Olimpik London selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik acara 10 meter Air Rifle pada Kejohanan Menembak Asia di Doha, Qatar pada Januari lalu.

Zolkples berkata MSN akan mempertimbangkan kemungkinan untuk menawarkan tiket subsidi kepada Marhazli.

"Marhazli hanya boleh hadir sebagai penonton biasa dan tidak boleh menemani isterinya sepanjang masa," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata pihaknya tidak terlibat dalam isu tersebut kerana badan induk pentadbir sukan itu hanya menguruskan soal pentadbiran dan keperluan atlet yang mewakili negara.

Sieh berkata sekiranya Marhazli dibenarkan menemani isterinya ke London beliau tidak boleh tinggal di perkampungan sukan kerana tempat tersebut hanya dikhususkan untuk atlet yang bertanding.

"Namun demikian jika mendapat kebenaran daripada pihak penganjur, Marhazli boleh melawat isterinya sekali-sekala sahaja," katanya.

Beliau berkata MOM tidak akan membiayai sebarang kos membabitkan penginapan serta keperluan keluarga atlet sebaliknya mereka perlu menanggung kos sendiri. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan