Johor, Terengganu Raih Dua Emas Pada Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Johor dan Terengganu merangkul dua pingat emas pada hari pembukaan Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang di sini.

Emas pasukan Johor diraih Choo Wen Yan dalam acara 50m Pistol Individu Remaja Lelaki dengan jumlah bidikan 528 mata serta acara 50m Pistol Berpasukan Remaja Lelaki.

Terengganu pula memperoleh emas menerusi Alia Sazana Azahari yang membidik 581 mata dalam acara 25m Pistol Individu Remaja Perempuan serta acara 10m Air Rifle Berpasukan Remaja Lelaki.

Kedua-dua pasukan dicabar hebat oleh Perak yang meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa serta Selangor (satu emas, dua perak dan dua gangsa).

Sejumlah enam pingat emas dipertandingkan pada hari kedua kejohanan esok.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA TERBUKA KEBANGSAAN 2012: Lelaki:

10m Air Rifle Individu Remaja: EMAS : Razi Aizat Adzha (PRK) 580 mata PERAK : Nur Muhammad Izham Mohd Azwi (TRG) 578 mata GANGSA: Muhd Izzuadin Salmi (PRK) 576 mata

10m Air Rifle Berpasukan Remaja: EMAS : Terengganu 1,721 mata PERAK : Perak 1,718 mata GANGSA: Selangor 1,704 mata

50m Pistol Individu Remaja: EMAS : Choo Wen Yan (JHR) 528 mata PERAK : Eddy Chew (JHR) 519 mata GANGSA: Muhd Akmal Arif Abdul Latif (PRK) 507 mata

50m Pistol Berpasukan Remaja: EMAS : Johor 1,538 mata PERAK : Selangor 1,473 mata GANGSA: Perak 1,447 mata

Perempuan:

25m Pistol Individu Remaja: EMAS : Alia Sazana Azahari (TRG) 581 mata PERAK : Nur Zunaira Zakaria (SEL) 573 mata GANGSA: Aida Amirah Mohd Sheriff(SEL) 560 mata

25m Pistol Berpasukan Remaja: EMAS : Selangor 1,688 mata PERAK : Perak 1,598 mata GANGSA: Terengganu 1,588 mata - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan