Beng Hai Puas Hati Prestasi Skuad Hoki Negara

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jurulatih negara, Tai Beng Hai berpuas hati dengan prestasi pasukan negara pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini walaupun sekadar menduduki tempat keenam.

Beliau berkata, terdapat peningkatan dari segi permainan dan pemain negara tidak lagi terburu-buru dalam membuat serangan sebaliknya lebih bijak mengatur gerakan mengegar kubu lawan.

Dari segi teknik pula, pasukan telah dapat meningkatkan permainan di mana rata-rata tidak lagi kekok belajar dan menimba ilmu daripada pemain pasukan lawan yang lebih berpengalaman, katanya.

"Cuma yang menjadi perhatian dalam kejohanan kali ini banyak peluang gagal dimanfaatkan termasuklah membiarkan pasukan lawan memperoleh gol mudah.

"Dalam melahirkan sebuah pasukan yang mantap perlu memperbanyakkan latihan dan perlawanan untuk membolehkan pemain menimba seberapa banyak ilmu yang boleh," katanya.

Beng Hai berkata, melalui beberapa pertemuan dengan pasukan Asia seperti Korea, Pakistan dan India membolehkan pasukan negara memahami rentak dan permainan pasukan lawan.

Jika mengadakan perlawanan di negara Eropah akan melibatkan kos mahal untuk terbang ke sana dan tidak semua pasukan yang berpengalaman mahu mengadakan perlawanan latihan dengan skuad negara, katanya.

Mengulas perlawanan menentang Korea pada Ahad yang tewas 3-2, Beng Hai berkata, cuaca panas dan keletihan menyebabkan pasukan negara banyak terlepas peluang mendapatkan bola.

Gol Korea diperoleh melalui Hyun Hye Sung seawal minit pertama, Jang Jong Hyun (minit ke 42) dan You Hyo Sik ( di minit ke 50) sementara gol negara hasil jaringan Hafifi Hafiz Hanafi pada minit ke-17 dan Faizal Saari di minit ke-63. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan