FIH Kaji Tambah Pasukan Pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sedang menjalankan kajian bagi menambah jumlah penyertaan pasukan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018.

Presiden FIH Leandro Negre berkata langkah itu dibuat berikutan desakan daripada pelbagai pihak supaya lebih banyak pasukan bertanding pada saingan berprestij itu.

"FIH tidak akan menambah jumlah penyertaan pada 2014 sebaliknya sedang membuat kajian bagi menambah pasukan di Kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun-tahun berikutnya.

"Keputusan 12 negara bertanding pada Piala Dunia 2014 di Belanda tidak akan diubah," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia Tan Sri P. Alagendra dan Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Abdul Rahim Mat Ariff.

Pada masa ini, hanya 12 negara bertanding pada Kejohanan Hoki Piala Dunia kecuali pada 2002 di Kuala Lumpur yang membabitkan penyertaan 16 pasukan.

Dua belas pasukan yang layak bersaing pada kejohanan itu ialah tuan rumah, enam pasukan yang menduduki tempat pertama hingga keenam pada Piala Dunia sebelum itu, serta lima juara yang mewakili benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Oceania.

Sementara itu, juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh akan mewakili benua Asia pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda yang dijadualkan dari 2 hingga 14 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan