Benjamin Khor Harap Wakili Malaysia Pada Kejohanan Piala Dunia

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penembak negara Benjamin Khor berharap Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) akan memberinya peluang mewakili Malaysia pada kejohanan di peringkat lebih tinggi seperti Kejohanan Piala Dunia.

Benjamin yang kini penembak junior nombor satu Asia dalam acara double trap (berpasangan) berkata bersaing dengan penembak handalan dunia akan membolehkan beliau mempamerkan prestasi yang lebih baik.

"Saya tidak pernah mewakili negara di peringkat Piala Dunia dan kejohanan terbesar yang pernah saya sertai setakat ini ialah Sukan Asia (di New Delhi, India pada 2010) dan Kejohanan Menembak Asia di Doha awal tahun ini," katanya.

Penembak berusia 19 tahun itu juga memasang impian untuk melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya sedikit kecewa selepas gagal menempah tempat ke Sukan Olimpik London semasa kejohanan di Doha tetapi saya mempunyai peluang yang baik untuk layak pada Sukan Olimpik akan datang," katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara ke-36 di Lapang Sasar Subang di sini Ahad.

Terdahulu, Benjamin memenangi pingat emas dalam acara double trap lelaki selepas menggumpul 175 mata.

Tempat kedua milik bapanya Edward Khor yang ketinggalan dua mata sementara seorang lagi penembak Malaysia Tan Tian Xiang meraih pingat gangsa selepas mengutip 169 mata.

Kejohanan selama 10 hari yang akan berakhir 10 Jun ini, disertai oleh penembak dari Taiwan, Hong Kong, Macau, Myanmar, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand dan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan