Pemain Remaja Kebangsaan Sandaran Terengganu Rangkul Emas

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu meletakkan harapan kepada empat pemain negeri itu yang mewakili skuad remaja kebangsaan bagi meraih pingat emas hoki dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang bulan depan.

Setiausaha persatuan, Sabri Salleh berkata keyakinan itu bersandarkan pada keempat-empat pemain anak jati Terengganu itu yang merupakan tonggak utama skuad remaja kebangsaan bermain pada kejohanan Hoki Remaja Piala Asia ke-7 bulan lepas.

"Kita harap mereka dapat membantu rakan-rakan lain dalam pasukan negeri berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada.

"Ini sekaligus mampu membawa Terengganu merangkul pingat emas buat julung kali dalam acara hoki kejohanan Sukma itu nanti," katanya.

Pasukan hoki remaja kebangsaan muncul juara dalam kejohanan hoki remaja tersebut di Stadium Bukit Serindit, Melaka dengan mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir, kejayaan pertama dalam tempoh 20 tahun.

Sabri yang juga pengurus pasukan Hoki Terengganu berkata empat pemain berkenaan ialah Mohd Nor Faez Ahmad Sobri, Mohd Firham Ashaari dan dua beradik Faizal serta Fitri Saari.

Beliau berkata mengikut sejarah, Terengganu belum pernah mendapat pingat bagi hoki dalam Sukma dan pencapaian terbaik skuad lelaki Terengganu ialah di peringkat suku akhir pada Sukma Melaka 2010.

"Peluang Terengganu membawa pulang pingat Sukma kali ini cerah memandangkan sebahagian besar pemain dalam kejohanan Sukma yang lalu masih boleh bermain pada tahun ini," katanya.

Sabri berkata bagi memantapkan prestasi skuad kendalian Nik Rozimi Nik Mohamad ini, mereka telah didedahkan kepada beberapa kejohanan seperti Piala Razak baru-baru ini sebagai usaha menguji ketahanan mental dan semangat mereka. Katanya, pasukan Terengganu telah berhasil menduduki tempat ketiga dalam saingan divisyen satu di kejohanan tersebut.

"Pasukan Terengganu akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan untuk mengukur pencapaian mereka bertemu Selangor dan Melaka akhir bulan ini," katanya.

Seramai 23 orang pemain sedang menjalani latihan pusat dan daripada jumlah itu, cuma 18 orang sahaja akan disenarai mutakhir menjelang hujung bulan ini untuk menggalas cabaran Terengganu di Sukma Pahang nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan