Malaysia Gagal Ke Divisyen 1, Tumpas 19-22 Kepada Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian skuad ragbi negara untuk muncul juara Divisyen 2 pada Kejohanan Ragbi Lima Negara, lebur apabila tumpas 19-22 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, Sabtu.

Skuad negara bermula garang apabila berjaya mendahului Thailand 3-0 pada awal babak pertama menerusi penalti yang disempurnakan pemain muda Hafizh Zainal seawal minit ke-10.

Kegembiraan skuad negara bagaimanapun tidak kekal lama apabila Thailand menyamakan kedudukan menerusi penalti Warongkorn Kumkoet pada minit ke-38.

Asakan Thailand ternyata memberikan tekanan kepada skuad negara apabila tuan rumah ketinggalan 6-12 kepada pasukan lawan sebaik babak pertama berakhir.

Lebih memeritkan lagi, Malaysia kehilangan pemain import dari Fiji, Kini Rasasolosolo yang dilayangkan kad merah selepas menyerang pemain Thailand pada minit akhir babak pertama dan skuad negara terpaksa bermain dengan 14 pemain pada keseluruhan babak kedua.

Keadaan itu bagaimanapun tidak menyentap semangat skuad negara apabila pada minit ke-41, pemain import Timoci Nacokula melakukan 'try' pertama perlawanan hasil serangan pantas dari sebelah kiri padang dan berjaya menambah tujuh mata untuk mendahului 13-12.

Penalti yang disempurnakan Hafizh mengukuhkan kedudukan skuad negara yang mendahului 16-12 namun Thailand kemudiannya mengurangkan defisit kepada hanya satu mata hasil penalti Warongkorn.

Kelebihan empat mata kembali berpihak kepada Malaysia dan pada satu ketika dilihat sudah berada di landasan terbaik untuk mencatat kemenangan menerusi penalti Hafizh pada minit ke-69, sebelum dikecewakan 'try' yang dilakukan Thailand lima minit sebelum tamat permainan menerusi Korrapong Ongsalangkarn, yang menterbalikkan keputusan kepada 22-19 berpihak kepada Thailand.

Asakan bertali arus pasukan negara pada minit-minit akhir permainan bagaimanapun gagal mengubah kedudukan untuk Thailand mengesahkan kemenangan.

Sementara itu, jurulatih skuad negara Hoon Boon Chee berkata beliau kecewa dengan kekalahan hari ini kerana Malaysia sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan.

"Kami patut menang tetapi beraksi dengan 14 pemain nyata sukar dan mereka menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin. Kita banyak buat kesilapan mudah dengan menghadiahkan penalti.

"Saya sudah nasihatkan pemain supaya jangan terlalu ke bawah...naik atas tetapi mereka tidak praktikannya," kata beliau.

Beliau bagaimanapun optimis bahawa pasukan negara mampu bangkit pada musim depan kerana kebanyakan anak didiknya adalah pemain muda yang berpotensi besar.

"Saya tidak menyalahkan pemain 100 peratus. Saya percaya mereka mampu bangkit pada tahun depan," katanya.

Kekalahan itu bukan sahaja meleburkan hasrat Malaysia mengintai peluang kembali ke Divisyen 1 tetapi turut menutup peluang untuk beraksi pada Kelayakan Piala Dunia 2015.

Pada satu lagi perlawanan, Iran menewaskan China 52-3 untuk menamatkan saingan di tempat ketiga. Dengan kekalahan ini, China tersingkir ke Divisyen 3 bagi saingan musim depan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan