Hoki Piala Raja Norasyikin: Terengganu Tidak Letak Harapan Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan hoki wanita Terengganu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada kejohanan hoki kebangsaan bagi merebut Piala Raja Noora Asyikin (Piala RNA) edisi ke-enam yang akan berlangsung di Seremban mulai 5 hingga 13 Jun ini.

Pengurus pasukan, Raznah Azizan berkata, kebanyakan pemain yang akan diturunkan dalam kejohanan itu terdiri daripada muka baru dan mentah pengalaman dalam kejohanan seumpama itu.

"Penyertaan kami dalam kejohanan itu hanya sekadar untuk mencari pengalaman dan pendedahan kepada pemain-pemain muda. Sekiranya mereka berjaya mara ke suku akhir dan mendapat antara empat kumpulan terbaik, ini sudah cukup dianggap bonus buat pasukan," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Raznah berkata, kebanyakan pemain senior yang mewakili Terengganu dalam kejohanan tahun lepas tidak dapat bermain lagi pada musim ini kerana format kejohanan tersebut telah berubah dengan hanya membenarkan pemain bawah umur 22 tahun berbanding 23 tahun pada sebelum ini.

Sehubungan itu, bagi memantapkan pasukan hoki wanita, beliau berkata, pasukan itu menjalani latihan bersama pasukan hoki lelaki Terengganu bagi memilih 18 pemain yang akan disenaraikan mewakili pasukan itu selepas pemilihan penting esok (Sabtu).

Beliau berkata, penyertaan Terengganu dalam kejohanan Piala RNA itu sebagai satu latihan dan pemanas badan kepada pemain sebelum mengharungi kejohanan sebenar.

Piala RNA yang mula diperkenalkan pada 2000 terus dijalankan pada 2003, 2005 dan 2006 namun setelah kembali menyepi selama lima tahun, edisi kelima pada 2011 kembali berlangsung dengan Pahang muncul juara.

Raznah berkata, pasukan wanita yang sama juga akan diberi penghormatan untuk mewakili Terengganu dalam kejohanan hoki Sukma ke-15 yang akan berlangsung di Kuantan pada Julai depan.

Kali terakhir skuad hoki wanita Terengganu memperoleh pingat emas ialah pada Sukma di Johor pada tahun 1992. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan