MTA Adakan Mesyuarat Pertama Rabu Ini

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas hampir dua tahun Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) dibatalkan pendaftaran mereka oleh Pesuruhjaya Sukan, kini persatuan itu kembali bernafas dan dijangka akan mengadakan mesyuarat pertama bagi merencanakan beberapa program persatuan tersebut

MTA kembali dihidupkan semula selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 April lalu apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Rohana Yusof membuat keputusan berpihak kepada MTA.

Timbalan Presiden Taekwando Negeri Selangor (WTF), Eddie Tuan berkata, keputusan amat menggembirakan dan MTA akan mengadakan mesyuarat kali pertama selepas dibubarkan.

"Satu mesyuarat akan diadakan pada 2 Mei ini dan pihak persatuan dijangkan akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan termasuk program atau aktiviti yang akan dijalankan.

“Pun begitu Pesuruhjaya Sukan masih menganggap Taekwando Malaysia (TM) sebagai badan induk sukan taekwando negara ini dan kami kini menunggu perintah mahkamah untuk perkara ini dan akan mengadakan sidang media sebaik sahaja menerima keputusan tersebut.

"Harapnya dalam tempoh dua minggu ini kami dapat keputusan terbaru mahkamah," katanya kepada mstar Online.

Eddie juga berkata, perjumpaan yang akan diadakan nanti turut akan membincangkan mengenai ahli jawatankuasa persatuan bagi mengisi beberapa kerusi kosong dalam MTA.

"Ramai yang sudah tidak ada dalam MTA. Jadi kami juga akan turut berbincang mengenai persatuan-persatuan negeri yang akan kembali ke MTA dan bagaimana caranya," tambahnya.

Kemelut MTA bermula apabila Pesuruhjaya Sukan membatalkan pendaftaran persatuan itu pada Februari 2010 kerana didakwa menghalang pembangunan sukan taekwondo di negara ini.

Sejak dibubarkan TM mengambil alih tampuk pimpinan sukan taekwando negara.

MTA kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997.

Bagaimanapun, menteri berkenaan mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Sukan.

Pada Julai 2010, MTA menerusi bekas presidennya Raja Taharuddin Raja Nong Chik dan Nur Ekmal, MTA telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendapatkan perintah ‘certiorari’ bagi membatalkan kedua-dua keputusan Menteri Belia dan Sukan dan Pesuruhjaya Sukan itu.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan