Golf: Lima Pemain Pendahulu Pusingan Pembukaan Terbuka Wanita Amatur Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima pemain, termasuk juara bertahan dari Malaysia Kelly Tan berkongsi tempat teratas dalam pusingan pembukaan edisi ke-29 Terbuka Wanita Amatur Malaysia (MLAO) yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club di Bukit Kiara, di sini, Selasa.

Kelly, 18, rakan senegara Iman Ahmad Nordin, Dottie Ardina (Filipina), Mehar Kaur Atwal (India) dan Whitney Hillier (Australia) mencatatkan mata yang sama iaitu tiga di bawah 68.

"Saya bermain dengan kemas hari ini tetapi tidak berjaya merealisasikan impian saya bagi penyudah sempurna, berikutan melakukan kesilapan di lubang ke-16.

"Ia pusingan pembukaan yang baik dan saya rasa saya boleh lakukan lebih baik lagi esok jika saya terus bersabar dan menunggu peluang melakukan birdie," kata Kelly selepas menamatkan permainannya.

Dalam pusingan hari ini, Kelly melakukan empat pukulan birdie dengan hanya melakukan sedikit kesilapan pada lubang ke-16, apabila melakukan satu pukulan bogey.

Iman pula agak yakin dengan peluang menjulang gelaran selepas mempamerkan permainan mengagumkan hari ini.

"Permainan saya bermula agak kurang menyerlah hari ini tetapi saya segera bangkit dengan permainan lebih mantap dan berjaya melakukan beberapa pukulan birdie yang amat penting," kata pelajar Texas State University itu yang pulang ke tanah air sempena cuti musim panas.

Pada sembilan lubang pertama, Iman melakukan satu bogey di lubang kedua namun berjaya melakukan birdie di lubang seterusnya dan di lubang keenam.

Beliau meneruskan permainan cemerlangnya pada sembilan lubang kedua, menambah dua lagi birdie di lubang ke-13 dan ke-15 untuk pusingan hari ini dengan catatan 68.

Mengekori dekat dengan ketinggalan dua pukulan di belakang lima pendahulu ialah pemain Filipina Jayvie Agojo, manakala Savitree Thavong (Thailand), Chang Yu Hsin (Taiwan), Princess Superal (Filipina) dan pemain kebangsaan Aretha Pan menamatkan pusingan pembukaan dengan catatan par 71.

Catatan mata pusingan pertama:

(Nota: Malaysia kecuali dinyatakan) 68 - Kelly Tan, Iman Ahmad Nordin, Mehar Kaur Atwal (IND), Dottie Ardina (PHI), Whitney Hillier (AUS); 70 - Jayvie Agojo (PHI); 71 - Savitree Thavong (THA), Chang Yu Hsin (TPE), Princess Superal (PHI), Aretha Pan; 72 - Aditi Ashok, Isza Fariza Ismail, Raksha Sanjay Phadke (IND), Sarah Ababa (PHI); 73 - Sitanart Singhanart (THA), Suthavee Chanachai (THA), Vani Sanjeev Kapoor (IND); 74 - Diana Tham, Fariza Izanie Mohammed Zain, Koh Sock Hwee (SIN), Lovelyn Guioguio (PHI), Nur Durriah Damian, Nur Eliana Ariffin, Sharon Lau May Yen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan