Persiapan Infrastruktur Sukma Siap Sepenuhnya 20 Jun

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua kemudahan infrastruktur untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang dijadual siap 28 Mei ini, hanya akan siap sepenuhnya pada 20 Jun.

Perubahan tarikh itu bagaimanapun dilihat tidak akan menjejaskan persiapan Pahang selaku tuan rumah untuk Sukma edisi-15 yang dijadual berlangsung pada 7 Julai hingga 16 Julai ini .

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata beberapa faktor termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu dilihat memperlahan kerja-kerja pembinaan infrastruktur.

"Terdapat juga gelanggang seperti kolam renang yang telah dibina beberapa bahagian terpaksa diroboh untuk dibina semula bagi memenuhi ketetapan piawaian gelanggang mengikut syarat mini Olimpik," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata Sekretariat Sukma menggandakan pemantauan dua hari sekali bagi memastikan kerja-kerja pembinaan infrastruktur itu siap mengikut jadual.

Selain itu katanya, pihak kontraktor juga telah mengambil inisiatif untuk bekerja pada waktu malam dan sehingga kini 86 peratus kerja menaik taraf 20 gelanggang dan tujuh pembinaan baru telah disempurnakan.

Sementara itu Ahmad Hairi berkata sebanyak 11 institusi pengajian tinggi (IPT) telah disediakan untuk penginapan atlet dari seluruh negara.

Kejohanan itu akan turut disertai 12,000 petugas teknikal, kebudayaan, keselamatan dan lain-lain, manakala 4,000 pelajar sekolah, IPT dan belia serta hampir 4,000 sukarelawan akan terlibat pada majlis perasmian Sukma itu.

Sukma 2012 akan melibatkan 24 acara yang menawarkan 693 pingat emas dan akan diadakan di tiga daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Malaysia , Ahmad Hairi Hussain

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan