Farkhan Terpaksa Lupakan Olimpik London Walaupun Dapat 'Wild Card'

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sekiranya mendapat wild card untuk beraksi di Sukan Olimpik London Julai ini, petinju middle weight kebangsaan Muhamad Farkhan Mohd Haron yang dibelasah sekumpulan lelaki 6 Mei lalu terpaksa melupakan impian itu.

Ini kerana beliau perlu menjalani rawatan pemulihan untuk tempoh enam bulan bagi kecederaan yang dialaminya termasuk rusuk dan tulang pipi.

"Saya memerlukan masa enam bulan untuk pulih. Ini merugikan kerana kalau dapat wild card saya tidak akan dapat bermain pada Olimpik London itu nanti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berharap pihak polis dapat menyegerakan siasatan agar tindakan perundangan dapat diambil ke atas mereka yang terlibat.

"Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dengan segera. Saya mahukan keadilan," katanya yang keluar hospital dua minggu selepas kejadian itu.

Farkhan yang merupakan bekas pemenang pingat emas sukan Sea Laos 2009 dan pernah menyertai empat temasya Sukan Malaysia turut menafikan spekulasi kononnya kejadian itu membabitan kerabat diraja Johor.

Katanya beliau hanya bertinju di dalam gelanggang dan bukannya di luar dan berharap dapat menjaga nama baik sukan negara dengan penjelasannya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan