Skuad Malaysia Perlu Waspada Dengan Pukulan Sudut Penalti India: Beng Hai

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Skuad hoki negara perlu memberi tumpuan sepenuh untuk menepis pukulan sudut penalti oleh pasukan India pada pertemuan di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di sini, Isnin malam.

Jurulatih negara Tai Beng Hai berkata pasukan India memang terkenal dengan kecepakan menjaringkan gol ketika mengambol pukulan sudut penalti.

Menurutnya, pakar pukulan sudut penalti India Sandeep Singh mampu meranapkan impian Malaysia mencari kemenangan pertama pada kejohanan itu.

Justeru itu, katanya, beliau berharap anak buahnya tidak melakukan kesilapan di kawasan pintu gol negara bagi mengelak pasukan lawan dihadiahkan pukulan sudut penalti.

"Ini kerana, pemain India pantas melancarkan serangan balas dan pemain negara perlu mengawasi pemain lawan tanpa melakukan kesalahan," katanya.

Beng Hai juga berkeyakinan skuad bimbingannya itu dapat mengutip mata penuh di dalam perlawanan itu berdasarkan prestasi semasa pemain yang berada di tahap terbaik serta ranking pasukan India yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia.

Beliau juga percaya Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mencatat kemenangan pertama setelah seri dua perlawanan sebelum ini iaitu 1-1 dengan Korea Selatan dan 3-3 dengan Great Britain.

Katanya beliau berharap semua pemainnya akan menunjukkan tahap persembahan yang terbaik dan bermain bersungguh-sungguh sehingga tamat perlawanan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan