Skuad Ragbi Negara Perlu Manfaat Kelebihan Beraksi Di Gelanggang Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad ragbi negara perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menjuarai divisyen dua Kejohanan HSBC Lima Negara Asia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari 30 Mei hingga 2 Jun ini.

Ketua jurulatih negara, Boon Hoon Chee berkata, peluang itu wajar digunakan sebaik mungkin bagi mencerahkan peluang mereka untuk kembali ke divisyen satu kejohanan tahun depan.

"Saya yakin dengan semangat yang ditunjukkan pemain selain kelebihan bermain di tempat sendiri, peluang kita untuk muncul juara pada kejohanan kali ini baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang pasukan Kelab Diraja Selangor (RSC) di sini Khamis, yang menyaksikan mereka tewas 21-26 kepada kelab tersebut.

Perlawanan diadakan untuk memilih 24 daripada 35 pemain akhir yang akan mewakili negara ke kejohanan ragbi berprestij itu.

Katanya mengenai saingan pada kejohanan itu, Boon, yang juga Presiden kelab ragbi Cobra berkata, China mampu memberi tentangan sengit kepada anak didiknya.

"Sekiranya kita mencatat kemenangan ke atas mereka, saya rasa peluang kita untuk naik ke divisyen satu tahun depan lebih cerah," katanya.

Boon berkata, senarai akhir 24 pemain yang akan mewakili negara akan ditentukan esok.

Skuad ragbi negara yang beraksi dalam divisyen dua kejohanan ketika ini bakal diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain kelahiran Fiji iaitu Veliameveto Tuinivanua dari kelab SRC Borneo Eagles, Timoci Nacocula (ASAS) dan Kini Rosolomasolo dari kelab Cobra.

Malaysia dipilih menjadi tuan rumah untuk divisyen dua dan tiga kejohanan itu tahun ini.

Selain Malaysia, divisyen dua turut dianggotai China, Iran dan Thailand manakala divisyen tiga dianggotai Guam, Indonesia, India dan Pakistan.

Pencapaian terbaik skuad ragbi negara pada kejohanan tahunan itu ialah menduduki tangga ketiga divisyen satu tahun lepas di Korea Selatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan