Medan Terbuka Pemain Muda Menonjol Selepas Sukan Olimpik London - Gade

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WUHAN: Selepas Sukan Olimpik London, ia akan menjadi medan terbuka bagi pemain muda untuk menonjol dalam sukan badminton berikutan persaraan beberapa pemain berpengalaman seperti Peter Hoeg Gade dari Denmark, Taufik Hidayat (Indonesia) dan Boonsak Ponsana (Thailand).

Gade, yang merupakan pemain nombor lima dunia, berkata bakat baru akan muncul untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain-pemain tersebut bagi mewarnai saingan badminton dunia.

"Saya berpendapat Lin Dan (China) dan (Datuk Lee) Chong Wei (Malaysia) akan terus bermain untuk beberapa tahun lagi. Tetapi melihat kepada kemunculan pemain-pemain baru, saya fikir ia akan menjadi medan terbuka bagi mengisi kedudukan yang ditinggalkan beberapa pemain berpengalaman ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita di Pusat Gimnasium Sukan Wuhan, yang merupakan venue bagi kejohanan badminton Piala Thomas, di sini, Jumaat.

Pemain berusia 36 tahun itu juga melahirkan harapan agar Denmark dan pemain Eropah lain, tidak ketinggalan untuk menempatkan diri dalam proses peralihan dominasi dalam sukan tersebut pada masa akan datang.

Ditanya mengenai sistem penganjuran Piala Thomas tahun ini, Gade berkata penganjur sepatutnya memberi pemain rehat sehari terutamanya sebelum beraksi di peringkat suku akhir.

"Penganjur membuat undian lewat...tengah malam dan pemain terpaksa bermain 13 jam kemudian. Bukan satu cara yang profesional," kata Gade yang beraksi pada Piala Thomas terakhirnya di sini.

Denmark gagal mara ke peringkat akhir Piala Thomas selepas tumpas 1-3 kepada Korea Selatan dalam saingan separuh akhir hari ini.

Gade kalah kepada Lee Hyun Il 21-17, 14-21, 10-21, namun beregu Carsten Mogensen/Mathias Boe berjaya menyamakan kedudukan selepas menumpaskan Yoo Yeon Seong/Ko Sung Hyun 21-10, 21-12.

Pemain perseorangan kedua dan beregu kedua Denmark, bagaimanapun kalah kepada lawan masing-masing.

Jan O Jorgensen kecundang 21-13, 14-21, 16-21 kepada Shon Wan Ho manakala Jonas Rasmussen/Joachim Fischer Nielsen kalah kepada Lee Yong Dae/Kim Sa Rang 21-11, 19-21, 15-21.

Hajat Malaysia untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada pasukan pilihan yang juga juara bertahan, China di peringkat suku akhir. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan