Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Seri 3-3 Dengan Britain

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua jaringan oleh Faizal Saari pada tempoh lima minit sebelum tamat perlawanan telah membantu Malaysia seri 3-3 dengan Great Britain pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini, malam Jumaat.

Faizal berjaya mencuri ruang untuk menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-67 dan 68, untuk membantu pasukan tuan rumah mengekalkan rekod tanpa kalah dengan dua perlawanan seri setakat ini.

Great Britain, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, memulakan aksi kejohanan dengan jaringan seawal minit kelima menerusi Glenn Kirkham selepas berlaku pergelutan di hadapan pintu gol Malaysia.

Bagaimanapun, dengan sokongan padu 3,000 penonton tempatan, Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Azlan Misron pada minit ke-10.

Great Britain menggandakan asakan sehingga memaksa benteng pertahanan negara kucar-kacir sebelum berjaya menjaringkan gol menerusi Ashley Jackson pada minit ke-20 dan dikuti Rob Moore, lima minit kemudian. Great Britain mendahului 3-1 sehingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua, skuad negara memulakan asakan sebaik bermula perlawanan dan memperolehi pukulan sudut penalti tiga minit selepas itu tetapi gerakan set piece yang dirancang berjaya dibaca penjaga gol lawan yang menolak keluar bola.

Great Britain, yang menduduki ranking keempat dunia, turut melakukan serangan bertali arus bagi mencari tambahan gol tetapi berjaya dihalang barisan pertahanan negara.

Sementara itu, Faizal Saari yang ditemui selepas perlawanan berkata, beliau telah diarahkan kapten pasukan, Mohamad Syukri Mutalib supaya menggandakan asakan bagi mencari gol.

"Bermula dari itu, dalam perlawanan berbaki lima minit, kami di bahagian serangan menggandakan asakan dan mencari gol...dan saya bersyukur kerana dapat menjaringkan dua gol di dalam perlawanan ini. "Jaringan tersebut adalah yang terbaik dalam karier saya sebagai pemain negara dan akan mencuba lebih baik di dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Jurulatih Tai Beng Hai menyifatkan keputusan itu adalah terbaik memandangkan pasukan lawan itu ternyata lebih gagah dan yakin.

Semalam, Malaysia seri 1-1 dengan Korea Selatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan