Persatuan Sabah Perlu Sedia Pelan Jangka Panjang

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan sukan di Sabah diminta menyediakan satu pelan jangka bagi melahirkan ahli sukan lelaki dan wanita yang lebih baik pada masa depan.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Peter Pang En Yin berkata dengan sokongan kerajaan dan kemudahan sukan berkelas dunia di negeri ini, ia boleh dilakukan untuk melahirkan ahli sukan yang cemerlang berbanding sebelum ini.

"Jika anda tahu sejarah sukan di Sabah, kita ada ahli sukan terutama dalam bola sepak yang membawa kegemilangan kepada negeri ini.

“Tetapi kini, standard itu telah menurun, bukan sahaja dalam bola sepak tetapi dalam hampir kesemua jenis sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Sukan Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) di sini,Selasa.

Menurut Pang, kementeriannya mendapati generasi muda hari ini tidak berminat terhadap sukan disebabkan perkembangan teknologi maklumat.

Selain memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam akademik, beliau juga meminta ibu bapa memberi motivasi kepada anak-anak mereka supaya membabitkan diri dalam kegiatan sukan.

Mengenai persidangan itu yang disertai wartawan sukan asing dan tempatan, Pang berkata ia amat baik bagi negeri ini yang akan meletakkannya sebagai destinasi pilihan bagi pelbagai kegiatan antarabangsa terutama dalam sukan.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata sukan telah berkembang sebagai satu daripada kandungan media yang diingini dengan kemunculan teknologi baru.

Teks ucapannya dibacakan timbalannya Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Beliau berkata kuasa sukan sebagai kandungan dalam media boleh mengubah industri media global.

“Kita perlu mengakui bahawa sukan kini merupakan satu perniagaan besar kerana kebanyakan perbadanan transnasional menjadikannya sebagai alat pemasaran yang paling efisien," katanya.

Setiausaha Agung ABU Dr Javvod Mottaghi berkata kesatuan itu yang mempunyai rangkaian 220 anggota di 58 negara boleh memainkan peranan efektif bagi menyampaikan berita-berita sukan kepada empat bilion penonton di seluruh dunia.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan